Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pun begitu, Mia Sara berkata, dia tidak kesal dengan keadaan yang berlaku kerana dia percaya kepada rezeki Allah SWT, tambahan pula usianya masih muda dan perjalanannya sebagai seorang anak seni juga masih jauh ke depan.
"Saya buat keputusan nak bertudung setelah pulang daripada mengerjakan umrah pada hujung tahun lalu. Tiada siapa paksa saya melakukannya kerana ia datang daripada hati sendiri.
"Tak dinafikan tawaran berlakon memang semakin jarang saya perolehi selepas itu, tapi saya tak kisah sebab saya percaya mesti ada rezeki lain yang bakal datang nanti.
"Buktinya, sambutan terhadap jualan koleksi tudung saya iaitu MSCouter yang saya terima semakin mendapat sambutan, begitu juga jualan produk Caliph. Ia semakin meningkat.
"Malah selepas ini, kalau ada tawaran berlakon yang meminta saya untuk membuka tudung, saya tidak akan terima. Saya tetap akan kekal bertudung," katanya yang merupakan duta Caliph.
Berkongsi pula mengenai penglibatannya sebagai duta produk Caliph, Mia mengaku, sejak mengamalkan makanan tambahan tersebut,dia yang masih bersekolah mengalami perubahan positif dalam pembelajaran.
"Jika sebelum ini, saya selalu ada sifat malas tapi sejak amalkan makan Caliph, saya rasa lebih cergas dan dapat beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran.
"Prestasi peljaran saya juga semakin meningkat dan saya boleh skor dalam peperiksaan dengan mendapat markah yang baik. Misalnya, dalam keputusan peperiksaan yang lalu, saya berjaya dapat markah 99 per 100 untuk matapelajaran bahasa Inggeris," jelasnya.
Artikel oleh Syafiqah Jalal
Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 29 Januari 2016
No comments:
Post a Comment