Recent Post

Saturday, January 02, 2016

Zoo Negara Tutup Operasi Setiap Selasa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR - Zoo Negara memaklumkan mereka tidak akan beroperasi pada setiap hari Selasa kerana berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan.  Gaji yang rendah, kebajikan yang tidak dijaga menyebabkan Zoo Negara semakin kehilangan pekerjanya, lapor Malaysia Gazatte.  Menurut seorang penjaga haiwan, gaji yang ditawarkan adalah kecil. Jika pekerja diarahkan kerja lebih masa, mereka tidak akan dibayar. Ini menyebabkan kebanyakan kakitangannya memilih untuk tidak berkhidmat lama atau melarikan diri. "Bukan salah pekerja jika Zoo Negara terpaksa menutup operasi pada setiap hari Selasa kerana kekurangan kakitangan. Kos hidup juga semakin tinggi, kerja kami walaupun mudah dan berbahaya, tetapi gaji tetap ditakuk lama. "Bagaimana kami hendak meneruskan hidup dengan gaji RM900 di tengah-tengah Kuala Lumpur? Gaji yang diperoleh tak cukup untuk sebulan pun," katanya kepada wartawan Malaysia Gazette.  "Setiap penjaga haiwan bukan sahaja menjaga haiwan yang dipertanggungjawabkan. Mereka juga terpaksa membasuh kandang setiap hari. Jika haiwan sakit, penjaga haiwan terpaksa tidur di Zoo untuk memastikan keadaan haiwan diawasi sehingga keadaan tidak memudaratkan. Setimpal ke dengan gaji RM900 sebulan?" soalnya.  Menurut pekerja yang tidak ingin didedahkan nama itu lagi, kebanyakan yang masih bertahan di zoo adalah kerana masih mempunyai perasaan kasih dan sayang pada haiwan di bawah tanggungjawab mereka. Jika tidak, mungkin sudah ramai yang meninggalkan kerjaya di zoo ini. Walaupun berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan, Zoo Negara tidak bercadang untuk mengambil tenaga kerja asing.  "Dengan gaji sebanyak itu, tiada siapa yang akan berminat. Pihak Zoo Negara perlu mengkaji semula gaji pekerja. Kalau harga masuk ke Zoo Negara dinaikkan, gaji pekerja juga perlu dinaikkan juga. Jika tidak, Zoo Negara akan mengalami masalah kekurangan kakitangan yang lebih serius," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *