Recent Post

Thursday, March 10, 2016

Badan Peguam kecewa kos yang tinggi diberikan kepada Shafee


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Badan Peguam Malaysia kecewa Mahkamah Persekutuan telah bukan sahaja menolak aduan tatatertib terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tetapi juga mengarahkan badan itu untuk membayar "kos yang terlalu tinggi" kepada Shafee.

Presiden Badan Peguam Malaysia, Steven Thiru berkata badan itu hanya menunaikan kewajipannya untuk kepentingan awam.

"Tidak sepatutnya ada sebarang perintah mengenai kos," katanya.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, Mahkamah Rayuan tidak mengarahkan kos terhadap badan peguam itu sebagai mengiktiraf peranannya menjaga kepentingan awam.

Beliau juga menafikan bahawa badan itu membuat pendakwaan terpilih terhadap Shafee.

"Badan Peguam mendukung piawaian etika yang tinggi dalam profesion perundangan yang meliputi semua ahlinya tanpa pengecualian," katanya.

Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Shafee tidak bersalah atas dakwaan salah laku profesion, empat tahun lalu.

Ini bertentangan dengan keputusan Lembaga Disiplin Peguam bela dan Peguam cara yang mengenakan denda RM5,000 ke atas Shafie kerana melanggar peraturan publisiti berhubung dua artikel yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2009.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim bersidang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif ketika menolak rayuan Majlis Peguam dengan kos RM50,000.

Menurutnya, mahkamah berpuas hati bahawa peguam itu tidak melanggar Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Publisiti) 2001 (Kaedah Publisiti) ketika diwawancara oleh akhbar akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *