Recent Post

Monday, March 21, 2016

(Gambar) Dengan Sekali Lafaz, Sah Jihan Muse Sudah Bergelar Isteri Orang


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SHAH ALAM: Dengan sekali lafaz, Ungku Hariz, 31,  sah bergelar suami kepada pengacara, pelakon dan pelawak terkenal, Jihan Muse, 33, tepat jam 3.20 petang tadi dalam sebuah majlis pernikahan ringkas di Laman Kayangan, Shah Alam, di sini.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa dan Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz, disaksikan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki; bapa pengantin lelaki; adik-beradik dan keluarga terdekat.

Pihak pengantin perempuan telah menerima mas kawin sebanyak Rm300 dan kedua-dua pihak membalas sebanyak lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran tidak diketahui kerana tidak didedahkan oleh pasangan pengantin yang mahu jumlah hantaran dirahsiakan.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin. -  Siakapkeli.my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *