Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Siapa yang tidak gemar Nasi Lemak? Rata-rata rakyat Malaysia memang tidak mampu menghindarkan nafsu makan mereka apabila berdepan dengan makananyang menjadi all time-favourite ini. Tetapi, apabila memikirkan kandungan kalorinya yang bertimbun, ramai cuba mengawal atau menghindarkan diri daripada menikmatinya. Namun, majalah TIME memiliki pendapat yang sebaliknya.
Nasi Lemak telah diiktiraf Majalah TIME sebagai antara 10 hidangan sarapan pagi bertaraf antarabangsa yang menyihatkan dan baca selanjutnya untuk mengetahui mengapa dan sebab apa mereka memberikan pengiktirafan sedemikian.Menurut penulisnya, Mike Dunphy, nasi lemak yang memiliki pelbagai komponen seperti nasi yang dimasak bersama santan, ikan bilis, timun, kacang goreng, telur rebus dan sambal adalah hidangan sarapan pagi yang sangat enak.
Biarpun ia berlemak (anda boleh mengurangkan nasinya), namun ia diseimbangkan dengan manganese, protein dan karbohidrat. Cili yang terdapat di dalam sambal nasi lemak itu pula mampu membantu untuk menaikkan metabolisme anda.
Sebaik sahaja akhbar The Star menyiarkan artikel Majalah TIME ini, ia telah menjadi viral dan mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. Ada yang sukar untuk mempercayainya. Tidak kurang juga yang menjadikan ia sebagai satu alasan untuk mereka menikmati nasi lemak pada setiap pagi. Anda pula bag aimana?
Sumber: The Star/Majalah TIME
Sumber Foto: The Star
No comments:
Post a Comment