Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut aktivis anti penculikan di selatan Filipina, Prof Octavio Dinampo i berkata, maklumat yang diperolehinya menunjukkan empat tebusan Malaysia dan 10 tebusan anak kapal Indonesia itu diculik dua puak berbeza dalam Abu Sayyaf.
Menurutnya, penculik empat tebusan Malaysia itu diketuai puak Sawajan, manakala 10 anak kapal Indonesia pula diculik puak Idang Susukan dan Alhabsi, katanya yang dipetik China Press.
Jelasnya, walaupun ia adalah dua puak berbeza, namun kedua-dua puak itu sentiasa menghubungi satu sama lain.
Keempat-empat mangsa culik dari Sarawak itu adalah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chi, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.
Mereka adalah anak kapal tunda berdaftar di Malaysia, MV MASSIVE 6 yang dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan berdekatan Pulau Ligitan, ketika dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia, pada 1 April lalu.
Kes penculikan itu berlaku seminggu selepas 10 anak kapal tunda Indonesia, Anand 12 yang membawa arang batu dari Kepulauan Borneo ke Filipina, diculik Abu Sayyaf di perairan Filipina.-13/4/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment