Recent Post

Saturday, April 30, 2016

Razif: Saya masih MB, bertugas seperti biasa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Setelah pelbagai spekulasi berkaitan kedudukan beliau, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman hari ini berkata beliau masih lagi menyandang jawatan itu dan akan meneruskannya seperti biasa.

"Saya masih lagi memegang jawatan MB (Menteri Besar) dan saya akan teruskan tugas seperti biasa," Razif dilapor sebagai berkata oleh Sinar Online.

Razif diminta mengulas perasaan beliau setelah genap seminggu menjalankan tugas selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan kesemua darjah kebesaran yang dikurniakan padanya.

Razif yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu juga dilapor berkata fokus beliau kini adalah untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diteruskan.

"Saya akan teruskan (pembangunan untuk rakyat)... selagi saya masih memegang jawatan MB dan saya tidak ada apa-apa lagi untuk dijelaskan," katanya ketika ditemui di Gong Badak, petang tadi.

Beliau enggan mengulas sama ada telah mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *