Recent Post

Tuesday, April 05, 2016

Tutor di 26 sekolah DUN Kundasang - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUNDASANG 4 April – Tajaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor ke sekolah-sekolah mampu me­ningkatkan taraf pendidikan luar bandar apabila para pelajar yang terlibat dibekalkan dengan produk pendidikan premium dan terkini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, input dan soalan yang disediakan akhbar pendidikan itu mampu dijadikan contoh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mahu semua pihak termasuk para guru bersikap terbuka dengan alat bantuan mengajar baharu itu dalam usaha melahirkan modal insan berjaya sekali gus mencipta kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan.

"Saya mendapat tahu akhbar Tutor sudah diguna pakai di kebanyakan sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini. Oleh itu, saya juga ingin melihat anak-anak di DUN Kundasang mendapat manfaat daripada kemudahan ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tajaan akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia di Dewan Kibarambang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang di sini hari ini.

Buat pertama kalinya, Joachim menaja sebanyak 20,568 naskhah akhbar Tutor dengan peruntukan berjumlah RM14,874 untuk tempoh 12 minggu.

Seramai 1,568 calon dari 22 buah sekolah kebangsaan dan empat SMK di kawasan DUN itu bakal menerima edaran Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, Joachim berkata, tanggungjawab mendidik para pelajar bukan digalas oleh guru-guru di sekolah semata-mata tetapi merupakan tugas semua pihak dalam memastikan anak masing-masing mendapat pendidikan terbaik.

Bagi mereka yang ingin menaja Tutor di Sabah bolehlah menghubungi Eksekutif Jualan Utusan Malaysia di Kota Kinabalu, Celestina Ubing melalui telefon 012-8020261.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *