Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Satu video karaoke menerusi aplikasi karaoke, Smule, yang memaparkan lagu "Memori Berkasih" dendangan penyanyi, Siti Nordiana dan seorang lelaki mencuri perhatian netizen.
Apa yang mencuri tumpuan adalah suara unik lelaki yang dikenali sebagai Khai Bahar itu yang dikatakan mempunyai suara dan iras-iras arwah Achik Spin.
Sejak video terbabit dimuat naik, ia telah ditonton lebih dari satu juta, lapor Sinar Online.
Seorang pengguna Youtube, Nurjalilah Janudin, menulis : "suara ada iras-iras arwah achik spin la. best. "
"Boleh lah berduet dalam album Nana selepas ni. Amat sesuai sekali, semoga bro Khai menjadi artis popular satu hari nanti.," tulis Mohd Amir Alias.
Memetik MH Online, Khai Bahar berasal dari Perlis dan turut berduet dengan penyanyi lain seperti Eka Shariff AF9.
No comments:
Post a Comment