Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata soal calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bukan calon anak tempatan Hadi, bukanlah masalah besar memandangkan pemimpin parti lain juga pernah bertindak sedemikian
"Lim Guan Eng pun bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Itu (calon tempatan atau tidak) bukan masalah," tambah Hadi.
ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.
Abdul Rani merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Meru sejak 2008.
Sebelum menceburi politik, Rani mengusahakan sebuah klinik swasta 'Fitrah' di pekan Meru.
Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).
Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.
Dalam pilihan raya umum (PRU) 13 Noriah menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh Husin dengan majoriti 399 undi sahaja.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar dijalankan serentak dengan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan.
Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan calon yang akan bertanding dalam kedua-dua PRK tersebut.
Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula diumum sebagai calon BN di Sungai Besar.
No comments:
Post a Comment