Recent Post

Friday, May 27, 2016

Tun M akan disiasat berhubung dakwaan Agong dikenakan 'tahanan rumah' - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tun M akan disiasat berhubung dakwaan Agong dikenakan 'tahanan rumah'

27/05/2016 12:25pm

KUALA LUMPUR - Pihak polis akan memanggil Tun Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan pada masa yang sesuai berhubung dakwaannya mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu telah dikenakan tahanan rumah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan akan dijalankan berkaitan dakwaan tersebut seperti yang disiarkan oleh blog dan portal berita tempatan di negara ini.

"Pada masa dan keadaan yang sesuai, kita akan dapatkan keterangan daripada Tun M bagi mendapatkan pengesahan daripada beliau mengenai dakwaan tersebut.

"Keterangan itu bertujuan untuk menjelaskan sama ada isu yang ditimbulkan oleh blog atau portal berita tersebut benar atau tidak," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Hospital Sempena Memperingati Hari Polis Ke-205 Tahun 2016 di Hospital Canselori Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan satu laporan polis dibuat oleh Penasihat Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Isnin lalu.

Tunku Abdul Aziz turut mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sebagai 'palsu dan jahat'.

Menurutnya lagi, Tun M mendakwa tahanan rumah itu bertujuan menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menerima tanda tangan 1.4 juta rakyat yang beliau (Tun M) dakwa telah dikumpulkan. - K! ONLINE




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *