Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
18/06/2016 12:14pm
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2016/0618/Kosmo/Terkini/bt_08.1.jpg)
ALOR SETAR - Seorang nelayan berusia 50-an yang dikhuatiri lemas pagi semalam selepas dilaporkan terjatuh dari bot, diselamatkan oleh bot nelayan lain di kawasan tersebut, menurut Maritim Malaysia (APMM).
APMM dalam kenyataan di sini hari ini, berkata nelayan itu yang berpaut pada sebuah boya diselamatkan oleh bot nelayan lain kira-kira pukul 10.30 pagi.
Katanya, seorang nelayan telah tampil ke pejabat APMM Pengkalan Kuala Kedah kira-kira pukul 8 malam tadi dengan memaklumkan telah menyelamatkan mangsa dan membawanya ke darat.
"Hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan di antara nelayan di atas bot tersebut yang memaksa mangsa untuk terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
"APMM turut membawa pengadu tersebut ke balai polis Kuala Kedah untuk siasatan lanjut," katanya.
APMM menerima laporan mengenai kejadian nelayan itu terjatuh dari bot ketika berada kira-kira 2 batu nautika dari Kuala Kedah pada kira-kira pukul 12 tengah hari, dan terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR). - Bernama
No comments:
Post a Comment