Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Firma pelaburan negaram 1MDB, berkata ia tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang itu di Los Angeles semalam untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion yang mana penyiasat AS percaya telah "ditipu" dari rakyat Malaysia.
"1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak dalam saman sivil itu, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat, atau ia mendapat manfaat dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu.
"Tambahan pula, 1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat dari pihak berkuasa tempatan berkaitan yang sah," katanya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment