Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Dipercayai, seorang lelaki yang membawa pisau telah memasuki pusat OKU itu di Sagamihara, barat Tokyo sekitar jam 2.30 pagi sebelum menjalankan serangan tersebut.
Menurut polis di Sagamihara, seorang lelaki telah menyerah diri di balai polis dua jam selepas serangan.
Dia meninggalkan sebilah pisau di keretanya ketika memasuki balai tersebut. Dia kini ditahan kerana dipercayai membunuh dan menceroboh.
Lelaki tersebut berkata kepada polis: "Saya yang lakukan", lapor media tempatan.
Portal Asahi Shimbun melaporkan, suspek berkata kepada polis : "Saya mahu membuang orang-orang cacat dari dunia ini".
Agensi berita NHK melaporkan suspek adalah seorang bekas pekerja di pusat OKU itu yang kini berusia 26 tahun.
Jepun mempunyai kadar jenayah yang paling rendah bagi negara maju dan serangan yang melibatkan senjata adal ah sangat jarang berlaku dan 'luar biasa'. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment