Recent Post

Sunday, July 31, 2016

Wak Doyok Bertunang Dengan Azrinaz Mazhar Hakim


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, disahkan telah bertunang dengan personaliti Wak Doyok pada 23 Julai lalu. 

Majlis pertunangan pasa­ngan itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas di sini."Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir.

"Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu," jelas sumber kepada Mingguan Malaysia.

Hubungan Azrina dan Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka.

Menurut sumber yang sama, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan ber­kenaan.

Azrinaz ialah bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hasil perkahwinan itu, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok belum pernah berkahwin sebelum ini.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 75 Bacaan



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *