Recent Post

Thursday, August 25, 2016

LRT3 kemudahan bertaraf dunia - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

SHAH ALAM 24 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu projek pem­binaan laluan ketiga sistem transit aliran ringan (LRT3) menjadi kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia selaras dengan status negara maju pada 2020.

Perdana Menteri berkata, tek­no­logi terkini dinamakan U-Trough dalam projek berkenaan berbanding pembinaan konvensional yang digunakan di negara ini sekarang, merupakan yang terbaharu, paling berkesan dan menjimatkan.

Walau bagaimanapun, tegas beliau, dalam memenuhi jadual pembinaan yang ditetapkan, aspek kualiti dan keselamatan dija­min tidak akan diabaikan sama sekali.

"Apa yang saya nak tekankan bahawa LRT3 mesti mencecah standard pembinaan kelas dunia.

"Ia mesti juga mencapai kualiti dan bukan sahaja kualiti, tetapi standard keselamatan mesti tidak sesekali diambil mudah," katanya ketika berucap melancarkan projek LRT3 di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali serta Pengerusi Kum­pulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam.

Sehubungan itu, beliau berha­rap projek LRT3 dapat disiap­kan mengikut jadual iaitu pada 31 Ogos 2020.

Menurutnya, laluan LRT3 sepanjang 37 kilometer dengan 26 buah stesen antara Klang dan Bandar Utama bakal memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di kawasan koridor barat Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Perdana Menteri menjelaskan, dengan adanya LRT3 di bawah Pelan Pembangunan Rel Bandar, beliau yakin sistem pengangkutan awam yang berdaya saing, efisien, bersepadu dan berkekalan dapat diwujudkan sekali gus mampu meningkatkan tahap sosioekonomi serta menyediakan kualiti kehidupan lebih baik kepada rakyat.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *