Recent Post

Tuesday, August 23, 2016

Walaupun kecil, tetapi membimbangkan - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Hampir 20 peratus mahasiswa di negara ini dikesan mempunyai rasa simpati terhadap kumpulan pengganas Daesh, sekali gus dikhuatiri berpotensi terlibat dalam ajaran songsang yang dibawa untuk mengganggu ketenteraman negara.

MOHAMED MUSTAFA ISHAK

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, angka itu diperoleh hasil kajian Dekan Pengajian Siswazah Ghazali Shafie UUM, Prof. Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah ke atas pelajar tempatan di empat universiti awam.

Menurutnya, kajian yang dijalankan di Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UUM pada penghujung tahun lalu itu menunjukkan mahasiswa terikut-ikut dengan pengaruh rakan dan menjadikan media sosial sebagai penyebar maklumat.

"Walaupun ini baru jumlah kecil yang dikaji dan hanya tertumpu dalam kalangan mahasiswa tempatan, ia sangat membimbangkan kerana berpotensi mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat yang lain.

"Cuba kita bayangkan jumlah lebih besar termasuk pelajar sekolah, penduduk kampung dan golongan profesional turut mempunyai perasaan sama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mendedahkan sebahagian kecil penuntut di universiti awam dan swasta dikesan me­nunjukkan kecenderungan menyokong kumpulan pengganas Daesh dan dikhuatiri menjadi 'ejen' merekrut ahli baharu.

Jelas Mohamed Mustafa, penglibatan bersepadu pelbagai pihak universiti seperti pentadbir, pensyarah dan pemimpin mahasiswa diyakini dapat me­nemukan maklumat terkini dan sekiranya mahasiswa didapati terlibat, mereka perlu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan kaunseling.

Sementara itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Farhan Khairudin berkata, pemimpin mahasiswa di semua universiti sentiasa bersedia be­kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memaklumkan aktiviti mahasiswa.

"Pemimpin pelajar yang diberi tanggungjawab perlu menggunakan hubungan baik dengan rakan-rakan sebagai peluang mengetahui maklumat dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

"Untuk tujuan itu, kerajaan juga perlu menggubal Akta Uni­versiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedia ada dengan memastikan syarat dan hukuman berkaitan penglibatan pelajar dalam mana-mana persatuan lebih diperinci," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *