Recent Post

Friday, September 30, 2016

Dr M dakwa Najib 'sabotaj demokrasi'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa lawannya cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata apa yang berlaku sekarang ialah Najib menolak demokrasi

"Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

"Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara," kata Mahathir dalam catatan di blognya semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata ini dilihat berlaku di Australia, AS, UK dan Brazil di mana pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

"Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai perdana menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun," kata Mahathir.

Beliau mendakwa antara contohnya ialah ketiadaan pemisahan kuasa kerana Najib kini kuasai legislative (perundangan), eksekutif dan kehakiman (judiciary), manakala ahli Parlimen didakwanya terpaksa akur dengan kehendak perdana menteri.

Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen.

Beliau mendakwa bahawa pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera serta media tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka atau berdepan dengan akibatnya.

Mahathir juga berkata bahawa Akta Keselamatan Negara 2016 yang baru diperkenalkan, tidak membolehkan inkues diadakan sekiranya seorang warganegara atau seorang anggota pasukan keselamatan terbunuh.

"Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini.

"Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

"Selagi Najib menjadi perdana menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik.

"Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang," katanya.

Najib telah menuduh Mahathir dan sekutunya cuba untuk menggulingkan kerajaannya untuk memberi laluan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Mahathir mendakwa beliau mahu menyingkirkan Najib atas salah laku dalam skandal 1MDB, di mana berbilion ringgit didakwa telah hilang.

Najib telah berulang kali menafikan mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

[Baca berita penuh]




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *