Recent Post

Thursday, September 29, 2016

Filem Munafik ditayang di 30 pawagam Indonesia - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?



JAKARTA 29 Sept. - Filem Munafik yang memenangi anugerah Filem Nasional Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke- 28 (FFM28) yang lalu, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Indonesia.



Filem terbitan Skop Productions Sdn. Bhd., yang mendapat kutipan RM17 juta di Malaysia bakal ditayangkan di 30 buah pawagam di seluruh Indonesia bermula 5 Oktober ini. Ia diedarkan oleh syarikat produksi gergasi Indonesia, MD Pictures.



Pada tayangan perdananya malam tadi di Jakarta, Munafik mendapat respons yang cukup positif daripada penonton tempatan.



Sekitar 300 penonton yang hadir pada tayangan tersebut rata-ratanya memberi reaksi luar biasa ke atas Munafik yang genre ceritanya seiring dengan cita rasa mereka.



Turut hadir pada tayangan perdana tersebut ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Nabila Huda, A. Galak serta artis Indonesia seperti Randy Pangalila, Nikita Mirzani, Anggika Bolsterli

.

Menurut produsernya, Datuk Yusof Haslam, penayangan Munafik di negara tersebut ekoran permintaan daripada MD Pictures yang berminat dengan kandungan ceritanya yang Islamik bersesuaian dengan selera penonton Indonesia. 



Kemasukan Munafik ke Indonesia secara tidak langsung memenuhi permintaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mahu filem-filem tempatan dipasarkan ke luar negara. 



MD Pictures yang berminat menayangkan Munafik di Indonesia selepas melihat respons positif peminat negara tersebut menerusi media sosial.



Jadi, selepas melihat jalan cerita Munafik yang mempunyai nilai Islamik, mereka sangat berminat dan memutuskan untuk memasarkannya ke seluruh Indonesia. 



"Saya tak berani mahu menaruh harapan yang tinggi ke atas kutipannya di Indonesia, kita tunggu dan lihat sahajalah," kata Yusof yang turut berada di Jakarta bagi tayangan perdana filem Munafik semalam. 



Pelakon Randy Pangalila yang ditemui selepas tayangan perdana menyifatkan cerita itu cukup berbeza dan memberi impak seram yang luar biasa.



"Pada awal ceritanya, saya melihat Munafik tidak ada yang istimewa tetapi semakin ditonton, ia menjadi seram dan mempunyai unsur suspens yang mendebarkan. 



"Babak paling menakutkan bagi saya sewaktu Maria (lakonan Nabila huda) berada di hospital dan di bilik mayat. 

"Pengakhiran cerita ini juga sangat bagus kerana ia sesuatu yang bukan dalam jangkaan kita. Justeru saya sangat menggalakkan rakan-rakan dan peminat untuk menonton Munafik.



"Lakonan dan arahan Syamsul Yusof juga sangat bagus. Saya tidak pernah melihat lakonannya sebelum ini dan saya berharap akan dapat bekerjasama dengan dia satu hari nanti," kata Randy. UTUSAN ONLINE.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *