Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou dalam satu kenyataan berkata, jambatan Beipanjiang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, pada ketinggian 565 meter di atas sebuah sungai.
Jambatan Beipanjiang akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia, tambah kenyataan tersebut.
Jambatan itu dijangka dibuka pada akhir tahun ini, sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, dari kira-kira lima jam kepada kurang dua jam, menurut stesen televisyen.
No comments:
Post a Comment