Recent Post

Wednesday, September 14, 2016

Sanggupkah Dr Mahathir? - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 14 September 2016 By ROSLI ISMAIL

Memang ramai orang yang anggap langkah Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup cari untuk kow tim balik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai di mahkamah pada 5 September lalu adalah kemuncak korner baring segala prinsipnya kerana terdesak.

Sekalipun bekas Perdana Menteri itu beri alasan ia semata-mata matlamat bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara 2016,namun status Anwar yang telah dihukum dan disahkan oleh mahkamah meliwat membuatkan ramai geleng kepala.

Bukan sekali malah dua kali mahkamah memutuskan beliau bersalah melakukannya.

Kalau diselak balik sejarah waktu kes liwat pertama tahun 1998 siapa saja boleh baca bagaimana Dr Mahathir berkali-kali kata beliau bertindak keatas bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO kerana sudah cukup yakin pada kemungkaran yang dilakukan.

Jika Anwar cuma seorang tahanan politik macam dulunya ditempatkan di kem tahanan Kamunting…itu lain ceritanya.

Kes liwat pertama dan kedua melibatkan kesalahan jenayah dan moral yang amat terkutuk.

Jarang orang yang berprinsip tegas mahu dikaitkan atau dilihat bermesra dengan banduan kes itu.Apa lagi yang berstatus seorang negarawan.

Usaha keluarganya dan puak pembangkang terus menerus mendakwa Anwar mangsa konspirasi politik cuma wayang untuk menutup segala kemaluan.

Sebenarnya bagi sesetengah orang bertemu dan bersalam dengan Anwar masih belum lagi kemuncak Dr Mahathir boleh turun serendah itu semata-mata kerana politik.

Tandatanya yang paling hangat berlegar kini apakah bekas Perdana Menteri sanggup 'iktiraf' dan menyertai kempen ' Bebaskan Anwar'.

Itu dikira kunci untuk membuka pagar pada segala halangan untuk jalin kerjasama Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi Dr Mahathir dan dipimpin Tan Sri Muhyiddin.

Anak Anwar ,Nurul Nuha yang mengetuai gerakan kempen itu sudah buat kenyataan mendesak Dr Mahathir meminta maaf secara terbuka terhadap apa yang dilakukan terhadap bapanya.

Katanya isu dakwaan liwat dan salahguna kuasa tahun 1998 itu harus beres dulu sebelum bekas Perdana Menteri itu mahu fikir tentang mewujudkan kerjasama dengan Pakatan Harapan menerusi PPBM.

Nampaknya bagi Nurul Nuha tidak ada apa yang dapat mengubah kecuali Dr Mahathir sanggup memohon maaf dan akui segala dakwaan pada Anwar tidak benar.

Salam sudah salam…namun setakat ini dan juga semasa kempen Deklarasi Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan keluarga Anwar masih belum duduk satu pentas dengan Dr Mahathir.

Cuma Muhyiddin saja baru ini duduk satu pentas dengan Wan Azizah.

Apapun setakat ini ikut ceritanya ramai lagi kalangan ahli PKR dan penyokong masih mencurigai langkah Dr Mahathir cari Anwar di mahkamah.

Sanggupkah bekas Perdana Menteri itu turun ke tahap yang paling rendah sekali demi 'menuju puncak' seperti yang didesak Nurul Nuha?

Dr Mahathir jelas sangat memerlukan dokongan Pakatan Harapan kepada PPBM untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14.

Beliau sendiri secara terbuka berkata kalau dengan Lim Kit Siang pun boleh kerjasama apa tidaknya dengan Anwar.

Melihat pada drama dua insan 5 September di mahkamah Kuala Lumpur yangtidak boleh pandang satu sama lain selama 18 tahun …jelas membuktikan dalam politik tiada yang mustahil.- 14/9/2016 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *