Recent Post

Sunday, October 02, 2016

Isteri ADUN Sarawak hilang bukan diculik, kata polis


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Polis menafikan isteri seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak, yang dikatakan hilang sejak Khamis lepas, diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi berkata kes itu membabitkan isu keluarga dan wanita berusia 41 tahun itu dijangka pulang ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.

Pada Khamis lepas, ketika wakil rakyat berkenaan mahu menjemput isterinya yang dijadual tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Mukah, beliau mendapati wanita itu tidak menaiki penerbangan berkenaan.

ADUN berusia 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis.Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai diculik.-Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *