Recent Post

Friday, October 21, 2016

Jemaah Malaysia paling ramai sakit semasa umrah - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Jemaah Malaysia paling ramai memenuhi wad hospital di Arab Saudi terutama semasa mengerjakan umrah kerana tidak membuat persediaan secukupnya dari segi mental dan fizikal semasa mengerjakan ibadah tersebut.

Ketua Pakar Kesihatan dan Penasihat Perubatan, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Hazlee Hadi berkata, ini kerana kalangan mereka memandang ringan mengenai isu kesihatan dan lupa untuk berehat kerana terlalu teruja apabila tiba di tanah suci. 


Beliau yang merupakan salah seorang pegawai kesihatan dilantik Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk membuat pemeriksaan terhadap jemaah yang ingin menunaikan umrah dan haji memberitahu, disebabkan tidak menjaga kesihatan ada jemaah umrah yang dirawat untuk tempoh masa yang lama iaitu sehingga masuk musim haji.

"Persiapan yang tidak lengkap dari segi kesihatan untuk menunaikan umrah dan haji menjadi punca para jemaah negara ini memenuhi hospital di Arab Saudi. Akibat tidak menjaga kesihatan mereka dimasukkan ke hospital dan ditahan di wad terlalu lama sehingga menyukarkan jemaah lain untuk menerima rawatan.



"Selain itu, jemaah juga mudah terdedah kepada penyakit kronik seperti radang pada selaput otak atau Meningococcal kerana daya ketahanan badan yang lemah dan boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh 48 jam," katanya ketika sesi dialog bersama media di sini, hari ini.


Yang turut hadir pensyarah Jabatan Sains Perubatan II Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datin Dr. Che Llina Che Isahak dan pakar mikrobiologi klinikal, Dr. Nurul Azmawati Mohamed dan bekas Pengurus Kesihatan Kanan Tabung Haji, Abdullah bin Taib.

Menurut Hazlee, untuk mengelakkan masalah kesihatan berlaku, jemaah perlu berehat terlebih dahulu apabila tiba di tanah suci sebelum memulakan ibadah kerana tempoh perjalanan yang agak lama akan menjejaskan kesihatan mereka.



Beliau menegaskan, para jemaah juga perlu mendapatkan vaksin sama ada disediakan oleh Tabung Haji atau boleh mendapatkannya di hospital swasta sebelum pergi menunaikan haji atau umrah bagi mencegah penyakit itu.



Menurutnya, kerajaan Arab Saudi mewajibkan para jemaah untuk mengambil vaksin bagi mencegah jangkitan virus yang sering berlaku dalam kalangan jemaah dari seluruh dunia.-UTUSAN ONLINE






Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *