Recent Post

Tuesday, January 05, 2016

SRA di Klang terpaksa pindah ke rumah kedai tinggal


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) dan pihak pentadbiran Sekolah Rendah Agama (SRA) Kafa Integrasi Sungai Kapar Indah, Klang terpaksa mengambil inisiatif segera untuk menyewa rumah kedai tinggal bagi meneruskan operasi sekolah tersebut.

Ia kerana bangunan lama yang selama ini ditumpang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapar Indah, tidak lagi muat untuk menampung lebih 700 murid.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Daroyah Ali berkata, ibu bapa dan guru bertindak segera selepas pihak pentadbiran SRA menerima keputusan dari pentadbiran SK tersebut agar mencari premis lain.

"Satu tempoh masa telah diputuskan untuk mereka tidak lagi beroperasi di sana serta mengosongkan premis berkenaan," katanya sambil menambah kelas SRA di bangunan lama masih digunakan sehingga hari ini.

SRA di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) atau jabatan agama Islam negeri.

Terharu dengan usaha mereka itu, Daroyah dan sukarelawan telah membantu membersihkan bangunan tinggal itu untuk dijadikan kelas.

Ia merupakan rumah kedai yang ditinggalkan, sebelum pihak pentadbiran sekolah tersebut menawarkan untuk menyewanya dan menjadikannya sebagai sebuah sekolah, katanya.

Enam buah penghawa dingin juga disumbangkan demi memastikan keselesaan semasa sesi pembelajaran.

"Kebersamaan kami ini adalah sebagai suntikan semangat terutamanya kepada pihak pentadbiran dan guru-guru agar tidak mudah putus asa dan terus bersungguh-sungguh menyemai bakti mengajar anak-anak bangsa walaupun dalam persekitaran yang kurang lengkap," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat banyak kekurangan kemudahan di sekolah itu, yang memulakan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2016 semalam.

Sehubungan itu, beliau berharap badan-badan korporat dan individu yang boleh memberi sumbangan akan menghulurkan tangan untuk memastikan tidak ada gangguan dalam pembelajaran kanak-kanak.

Sehubungan itu, beliau berharap badan-badan korporat, anak-anak syarikat dan organisasi dapat menyalurkan bantuan bagi memastikan proses pembelajaran tidak terhenti dan akan berterusan.

"Selain daripada itu, beberapa pihak yang berkenaan juga diharap dapat membantu dalam usaha mempercepatkan proses dan memudahkan urusan pentadbiran sekolah ini," tambahnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *