Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
SARAWAK Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya sebagai seorang ustaz yang liberal dan berfikiran luas dan sesuai untuk menjadi salah seorang pemimpin Barisan Nasional.
Adenan turut berkata, Dr Juanda merupakan individu yang sentiasa menerangkan mengenai sesuatu perkara sebelum ia dilaksanakan.
"Dia bukan sahaja seorang ustaz moden. Dia tidak berfikiran sempit, sangat berfikiran luas dan sangat liberal. Ustaz jenis ini yang kita mahukan.
"Dia (Dr Juanda) jenis ustaz yang akan memberitahu kamu apa yang kamu boleh lakukan dan bagaimana untuk melakukannya, daripada berkata tidak tidak kepada semua perkara dan semua perkara adalah haram haram haram," katanya.
Adenan berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan Dun Lama Sarawak malam tadi.
Katanya, sudah menjadi tradisi dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk mempunyai salah seorang pemimpin di kalangan agamawan.
"Selain itu, menjadi adalah tradisi PBB bahawa salah seorang pemimpin parti di kalangan ahli agama," katanya.
Adenan berkata demikian ketika ditanya mengenai perancangan Sarawak yang dilihat sebagai negeri sekular buat seorang bekas mufti seperti Dr Juanda.
Juanda yang merupakan calon BN bagi kerusi Jemoreng, akan berdepan dengan Kiprawi Suhaili (AMANAH) dan Abdullah Saminan (Bebas).
No comments:
Post a Comment