Recent Post

Friday, August 07, 2015

'Kematian 4 rakyat M'sia kemalangan tragik'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Koroner Negara, Marvin Bay memutuskan semalam bahawa kematian empat rakyat Malaysia dalam kebakaran di asrama pekerja asing di Geylang akhir tahun lepas ialah 'akibat kemalangan tragik', lapor stesen televisyen Channel NewsAsia (CNA).

Dalam kejadian awal pagi pada 6 Disember lepas, mangsa Jubitol Rumanjing, 37, Ramu Kotiah, 50, dan Yusoff Masrong, 49, meninggal dunia di tempat kejadian sementara Maslan Musundo, 43, meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Keempat-empat mereka bekerja di Singapura sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah unit tiga tingkat yang telah diubah suai sebagai asrama.

Televisyen tempatan melaporkan Peter Awat, yang berkongsi bilik dengan keempat-empat mangsa, tersedar daripada tidur apabila mendengar jeritan Ramu.

Peter berkata dia melarikan diri walaupun Maslan memberitahunya supaya jangan berganjak.
Beliau berkata keempat-empat mereka memutuskan untuk terus berada dalam bilik dan menunggu bantuan tiba, kerana taku t cedera akibat kebakaran, yang merebak hingga ke koridor.

Sekurang-kurangnya 20 penghuni yang lain, yang terjaga selepas terdengar jeritan rakan-rakan mereka, sempat melarikan diri. Kempat-empat mangsa ditemui dalam salah satu bilik di rumah tersebut.

Tiga daripada mereka terbaring di atas lantai dengan muka ke atas dan mangsa keempat dijumpai terduduk di penjuru bilik dengan menutup kepalanya dengan kain selimut.

CNA melaporkan bahawa bedah siasat menunjukkan bahawa mereka mati akibat penyedutan asap, dan tiada kesan terbakar pada tubuh badan mereka.

Adalah dipercayai bahawa asap memasuki bilik melalui ruang ventilasi, lubang di sekitar pintu dan melalui panel kaca, akhirnya menyebabkan mereka mati.

Siasatan oleh pasukan Siasatan Kebakaran Pasukan Pertahanan Awam Singapura menunjukkan bahawa kebakaran adalah berpunca daripada unsur-unsur elektrik.

Apabila inkuiri terhadap kematian mereka selesai, Bay merakamkan "ucapan takziah yang mendalam" kep ada keluarga mangsa termasuk saudara kepada salah seorang mangsa, yang melecur pada tubuh badannya.

Bay berkata tragedi itu memberi peringatan bahawa perkara terbaik ialah melarikan diri daripada tempat kebakaran dan adalah amat berbahaya untuk terus berada dalam bangunan itu untuk menunggu bantuan tiba.

Beliau berkata ruang kesempatan untuk melarikan mungkin sempit.

"Amat malang sekali keempat-empat mangsa akhirnya mengambil keputusan secara tragik untuk terus berada dalam rumah yang terbakar itu, CNA memetik Bay sebagaiberkata.
- Bernama



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *