Recent Post

Friday, August 14, 2015

Abby Abadi Selamat Bernikah Pada Petang Jumaat


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Abby  Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dengan sekali lafaz sah menjadi isteri kepada wartawan kanan Harakah iaitu  Muhammad Faizal Zakaria.

Bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menerima wang hantaran sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis yang dilangsungkan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat. Osman Daud merupakan Imam Masjid As-Sobirin yang menyempurnakan upacara akad nikah tersebut.

Pernikahan ini diwalikan oleh bapa Abby iaitu Abdul Manan Tadin. Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan 11 dulang barangan hantaran antaranya senaskah Al-Quran, tas tangan, telekung, jam tangan, wangian, buah-buahan dan manisan

Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan.

Majlis akad nikah ini telah dihadiri hampir 200 tetamu termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin yang kedua-duanya juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite.

Jika mengikuti kisah Abby Abadi dan Muhammad Faizal, mereka berkenalan pada Tahun 2012 namun ia sekadar hubungan professional antara wartawan dan selebriti.

Walau bagaimanapun hubungan mereka kembali rapat pada akhir tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Tasik Titiwangsa pada Ahad ini.

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim mempunyai tiga orang anak dari hasil perkahwinan itu. Muhammad Faizal juga merupakan seorang duda yang juga mempunyai tiga cahaya mata.

Sumber foto dan berita : http://www.mstar.com.my/



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *