Recent Post

Friday, August 14, 2015

Fateh Iskandar dilantik Pengerusi baharu Media Prima


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?



DATUK Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor sebagai Pengerusi berkuat kuasa 1 September ini menggantikan Tan Sri Johan Jaafar, 61, yang meletak jawatan mulai 31 Ogos 2015.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Media Prima berkata, Fateh Iskandar, 48, adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Glomac Bhd.

Sebelum menyertai Glomac, Fateh adalah pengamal undang-undang di Australia sebelum kembali ke Malaysia dan menyertai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd.

Fateh Iskandar kini adalah juga Presiden Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah (Rehda) Malaysia dan bekas pengerusi Rehda Selangor.

Beliau juga adalah pengarah Telekom Malaysia Bhd, VADS Bhd dan ahli lembaga penasihat bandar raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Media Prima juga mengumumkan pelantikan Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, 66, sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.

Beliau kini, adalah pengarah Big Tree Outdoor Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd, kedua-duanya anak syarikat milik penuh Media Prima.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *