Recent Post

Monday, August 10, 2015

Janin lelaki ditemui dalam loji kumbahan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Janin lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam loji kumbahan di Taman Desa Wangsa, Permatang Damar Laut dekat George Town semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata janin yang dipercayai berusia lebih kurang lima bulan itu ditemui oleh seorang pekerja pembersih loji kira-kira pukul 5.30 petang.   "Semasa pekerja lelaki berkenaan sedang membersihkan loji kumbahan berkenaan dia ternampak satu objek yang menyerupai bentuk bayi sebelum menarik dan mengangkatnya untuk melihat lebih dekat.

"Sebaik berjaya mengangkat objek berkenaan, pekerja itu mendapati ia adalah janin yang masih bertali pusat dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan terbabit," katanya malam tadi.

Beliau berkata sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan berhubung penemuan janin terbabit.

Lai berkata janin lelaki yang sudah cukup sifat itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Katanya siasatan lanjut masih dija lankan termasuk mengesan mereka yang terlibat membuang janin berkenaan.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *