Recent Post

Monday, August 10, 2015

Safawi Agro Farm buka ladang kurma di Kelantan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

PASIR PUTEH: Safawi Agro Farm Bhd memperuntukkan antara RM3 juta dan RM4 juta bagi membuka ladang tanaman kurma di kawasan seluas 400 hektar di negeri ini.

Pengurus syarikat itu, Mohd Rozaman Yahya, berkata dalam tempoh terdekat ini, kawasan seluas 300 hektar di Cherang Tuli, Pasir Puteh dan Ulu Sat, Machang akan mula ditanam dengan pokok kurma.

"Kawasan yang dikenal pasti itu sesuai dengan tanaman kurma dan diakui oleh pakar-pakar mengenainya kerana ia mengandungi tanah berpasir dan tidak digenangi air apabila musim hujan," katanya pada majlis pelancaran tanaman kurma di Cherang Tuli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Zulkifli Ali, hari ini.

Mohd Rozaman berkata, pihaknya menjangkakan memperoleh pendapatan antara RM2,000 dan RM3,000 setiap pokok semusim atau setahun dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Syarikat itu turut menjalin usaha sama dengan Date Palm Safawi Asia Bhd, yang berpangkalan di China, terutama dalam membekalkan anak benih pokok kurma yang bermutu.

Berucap pada majlis itu, Zulkifli berkata tanaman pokok kurma itu akan dijadikan sebagai projek perintis untuk dikembangkan ke seluruh Kelantan, terutama di kawasan tanah beris.

Katanya, Kelantan mempunyai banyak kawasan tanah beris terbiar selepas tanaman tembakau tidak lagi diusahakan petani. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *