Recent Post

Monday, August 17, 2015

Musa berang aksi Sabah hambar


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

'Pasukan sayur', demikian kata Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Musa Aman yang berang dengan aksi permainan hambar yang ditunjukkan skuad Sabah Rhinos dalam Liga Perdana Malaysia, musim ini.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pemain bola sepak Sabah yang disifatkannya sebagai tidak berdaya saing, tidak komited dan kurang ketahanan serta tidak berdisiplin.

"Saya tidak mahu hipokrit. SAFA berbelanja berjuta-juta ringgit untuk pasukan bola sepak negeri ini, tetapi yang mengecewakan mutu permainan bukan meningkat tetapi semakin menurun.

"Kenapa pasukan kita tidak boleh menjadi seperti negeri lain kalau mereka boleh menang, kita seharusnya boleh menang jugak," katanya ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Musa Aman 2015, di Klagan Regency Hotel dekat Kota Kinabalu malam tadi.

Musa berkata, setiap pemain perlu aktif dan menunjukkan komitmen tinggi serta bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan skuad Sabah Rhinos mencapai kemenangan berterusan dan muncul sebagai juara liga.

"Jangan bergantung kepada pemain luar semata-mata, bermain bola perlu kerja perpasukan, kalau separuh sahaja yang bermain dengan bersungguh-sungguh puntidak menjadi, semua kena aktif baru betul," katanya.

Setelah mengharungi 20 perlawanan, Sabah kini berada pada kedudukan tangga ketujuh dengan pungutan 27 mata. Terbaharu, pada aksi perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Sabah gagal memungut mata penuh apabila kalah 4-0.

Sabah bakal bertandang ke Stadium Darul Aman bagi menentang Kedah esok (18 Ogos), sekaligus merupakan perlawanan terakhir Sabah untuk Liga Perdana Malaysia musim ini.

Sementara itu, Musa dalam ucapan beliau berkata tujuan kejohanan bola sepak Piala Datuk Musa Aman itu diadakan adalah untuk mencungkil lebih banyak pemain muda yang berbakat di negeri ini untuk didedahkan ke peringkat negeri dan kebang saan.

Musa berharap anak-anak muda yang terpilih dapat memanfaatkan peluang sedia ada dan berusaha menjadi pemain yang berdisiplin, berdaya saing dan komited terhadap pasukannya.

Pasukan bola sepak Sandakan muncul juara pada Kejohanan Piala Datuk Musa Aman itu dengan membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan berserta pingat.

Naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh pasukan Tenom dan Tawau yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,500 dan RM4,500 berserta piala dan pingat.

-Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *