Recent Post

Monday, August 17, 2015

Minggu yang sukar, diharungi juga


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR: Minggu lalu, negara melalui hari-hari yang mencabar. Pelbagai perkembangan berlaku.

Ringgit dan pasaran saham mengalami penurunan, pengumuman angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan keputusan kewangan PETRONAS yang mencatatkan penyusutan.

Bagaimanapun, perkembangan berkenaan bukan saja sentimen tempatan, tekanan juga dialami di peringkat serantau dan global, dan ia memang 'menyakitkan'.

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia dan bergerak ke hadapan dengan semua halangan ini, dibantu oleh asas-asas ekonomi negara yang masih amat utuh.

Tiada tambatan, tiada kawalan modal, sebagaimana pendapat beberapa ahli ekonomi bahawa institusi kewangan kukuh dengan penampan rizab asing yang mencukupi dan tumpuan adalah untuk menangani masalah asas.

Jaminan yang diberikan oleh kerajaan untuk menangani keadaan semasa yang telah memberi kesan kepada mata wang tempatan, untuk memastikan ekonomi yang stabil, disambut baik kerana terdapat keperluan ini untuk memulihkan keyakinan pelabur dan menolak persepsi negatif tentang negara ini.

Apa lagi dengan Malaysia adalah Pengerusi ASEAN tahun ini dan akan menjadi tuan rumah mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) minggu depan.

Malaysia juga perlu mengekalkan semangat untuk meraikan kemerdekaan negara yang ke-58 bulan ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku apabila ringgit melepasi paras 4.0 berbanding dolar AS setelah penurunan nilai yuan, ditambah pula dengan harga komoditi tidak menentu, menyebabkan jualan dalam mata wang serantau termasuk mata wang tempatan.

Langkah tidak diduga oleh China, menurunkan nilai mata wangnya, renminbi, yang dikawal ketat pada Selasa, menyaksikan dolar Singapura jatuh ke paras rendah dalam lima tahun atau 1.4 peratus berbanding dolar AS, mata wang Korea, won, sebanyak dua peratus selain turut menjejaskan Baht dan peso.

Ringgit tidak sendirian mengalami penurunan, kerana menurut peniaga mata wang Asia baru muncul juga dipengaruhi oleh faktor luar yang sama.

Kejatuhan harga minyak mentah, ketidaktentuan hala tuju dasar di ekonomi utama khususnya keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat berhubung kadar faedah dan penurunan nilai yuan oleh China, akan terus memberi kesan.

Sebuah firma penyelidikan tempatan berkata ringgit belum memasuki tahap kejatuhan di luar kawal dan kesannya terhadap ekonomi dijangka boleh diurus.

Ia berkata rizab antarabangsa negara pada US$96.7 bilion masih memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh, paras yang masih dianggap tinggi oleh piawaian antarabangsa.

Bandingkan dengan 1998, apabila rizab asing hanya US$20 bilion dengan perdagangan dalam defisit.

Di pasaran saham pula, penanda aras utama FBM KLCI gagal mempertahankan paras psikologi 1,600 apabila susut 85.83 mata untuk mengakhiri sesi dagangan Jumaat pada 1,596.

Indeks turun 72.72 mata untuk tiga hari dagangan pertama seiring dengan kejatuhan ekuiti serantau sebelum kukuh pada Khamis berikutan pengumuman pertumbuhan KDNK pada kadar 4.9 peratus bagi suku kedua.

Seorang penganalisis berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) yang sekali lagi menyatakan tidak akan menambat ringgit atau memperkenalkan kawalan modal telah melegakan sentimen pelabur dan sedikit sebanyak menyokong pasaran saham.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata keadaan semasa tidak memerlukan langkah sedemikian memandangkan ekonomi negara kukuh dengan pelbagai perkembangan positif berlaku.

Bagi pertumbuhan KDNK suku kedua sebanyak 4.9 peratus, Zeti berkata Malaysia seiring dengan ekonomi global, yang turut menyaksikan pertumbuhan pada kadar sederhana seperti kebanyakan ekonomi Asia.

Sebagai contoh, KDNK Singapura berkembang 1.8 peratus manakala negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom dijangka mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan pada suku kedua, masing-masing pada 2.3 peratus dan 2.6 peratus.

Bagi Malaysia, permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan dalam persekitaran eksport yang lemah.

Pertumbuhan suku kedua Malaysia, walaupun lebih rendah berbanding 5.6 peratus pada suku pertama dan 6.5 peratus pada suku yang sama tahun lepas, adalah melebihi jangkaan kerana ramai yang menjangka lebih rendah.

Berikutan cabaran yang muncul daripada faktor-faktor dalam dan luar negeri, pencapaian pertumbuhan berkenaan adalah membanggakan.

Ia mengatasi anggaran konsensus sebanyak 4.5 peratus dan yang lebih penting, sebagaimana dinyatakan salah seorang pakar ekonomi, penggunaan swasta yang berkembang telah meredakan kebimbangan terhadap kesan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang ternyata menjadi sederhana dan kurang daripada yang dijangkakan.

Oleh itu, perbelanjaan pengguna akan pulih dengan lebih cepat pada separuh kedua dengan Malaysia masih di landasan untuk mencapai pertumbuhan sebanyak lima peratus bagi tahun penuh, kata beliau.

Mengenai PETRNONAS pula, yang merupakan penyumbang terbesar kepada dana kerajaan, terpaksa bersedia menghadapi masa-masa mencabar kerana harga minyak yang rendah berterusan.

Keuntungan sebelum cukainya bagi suku kedua tahun ini susut sebanyak 47 peratus kepada RM14.61 bilion berbanding RM28.06 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas manakala perolehan berkurangan 28 peratus kepada RM61.30 bilion daripada RM85.36 bilion sebelum ini.

Syarikat minyak negara perlu bertahan melalui langkah-langkah penjimatan dan rizab tunai, tidak mengharapkan untuk memenuhi perbelanjaan modal dan komitmen dividen.

Syarikat itu komited untuk membayar kepada kerajaan jumlah dividen yang sama seperti tahun lepas sebanyak RM26 bilion, di mana RM13 bilion telah dibayar.

Harga minyak mentah dijangka kekal tertekan kerana "lebihan bekalan kronik" dengan pengeluaran di Amerika Syarikat pada paras tertinggi dalam 80 tahun dan lebihan bekalan dari Iran dan Iraq.

Peningkatan besar dalam inventori AS telah menjadikan minyak mentah AS ke paras terendah dalam 6-1/2 tahun pada US$41.35 setong sebelum stabil pada US$ 42.50 pada akhir minggu ini, dengan harga minyak mentah Brent berlegar pada US$49.00 setong.

Jangkaan penganalisis sebelum ini bahawa harga minyak akan stabil pada pertengahan tahun ini dan akan naik hingga akhir 2015, boleh membantu memulihkan ringgit.

Bank Dunia pada Julai menaikkan unjuran harga minyak bagi 2015, tidak menghampiri paras 2014, tetapi bagi minyak mentah kepada purata US$57 setong tahun ini daripada anggaran awal sebanyak US$53 setong.- BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *