Recent Post

Wednesday, September 09, 2015

DHPP sedia tanding di kerusi Guan Eng


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk bertanding di kawasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pengerusinya N Balasubramaniam berkata, kesediaan itu bagaimanapun adalah berdasarkan kepada arahan PAS sekiranya parti Islam itu ingin meletakkan calon DHPP di DUN Air Putih, Pulau Pinang.

"Kami bersedia. Kami ikut apa arahan parti. Ya, ya (bersedia bertanding di kerusi Lim).

"Kami dah pernah kalah banyak kali. Kami tak rasa takut atau segan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, Lim mempelawa PAS bertanding di kerusi yang diwakilinya iaitu di DUN Air Putih.

Pelawaan itu dibuat sebagai merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan parti itu bercadang meletakkan calon bukan Melayu dari DHPP di kerusi yang ditandingi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini DHPP pernah meletakkan calonnya dalam pilihan raya umum ke-13 iaitu di Parlimen Ayer Hitam, DUN Tiram, Johor serta di DUN Asahan, Melaka. Namun mereka tewas di ketiga-tiga kerusi.

Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata, beliau berterima kasih kepada Abdul Hadi kerana terus memberi kepercayaan kepada DHPP untuk bertanding dalam pilihan raya.

Malah, beliau juga memberitahu, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk dipertandingkan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

"Kami berterima kasih kepada presiden kerana dia beri kepentingan dan peluang kepada DHPP. Kami sebagai dewan penyokong PAS akan terus ikut apa arahan presiden.

"Kami memang dah bersedia dah. Setakat ini, beberapa tempat sudah dikenal pasti (untuk bertanding), kita dah ada beberapa tempat. Tapi belum boleh beritahu. Biar presiden yang umumkan. Tapi kami dah bersedia," katanya lagi.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *