Recent Post

Wednesday, September 09, 2015

YA ALLAH ! Pelawak Terkenal Abam Bocey Terlibat Dalam Kemalangan Berhampiran Rumahnya


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja," kata pelawak Abam Bocey, 27, yang terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Gombak, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta Perodua Myvi milik Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan. Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta milik Abam. Abam ketika dihubungi berkata, ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Firdaus dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara. "Kejadian berlaku sekelip mata. Kami baru saja meninggalkan rumah saya beberapa minit sebelum itu dan kereta terbabit tiba-tiba merempuh kereta saya. "Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan," katanya.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *