Recent Post

Thursday, September 24, 2015

Polis Evo Letak Standard Baru Dalam Dunia Perfileman Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

polisevo-bts-08

Berpeluang menonton filem menampilkan gandingan duo bintang popular negara iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjudul Polis Evo di dalam pawagam yang penuh dengan penonton baru-baru ini benar-benar membantu penulis untuk menilai penerimaan penonton terhadap filem terbaharu Astro Shaw ini. Filem cereka kepolisan bergenre aksi komedi ini diarahkan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar yang dikenali ramai sebagai pengarah video muzik yang profilik.

Kisah bermula di Kuala Terengganu apabila kematian seorang bekas guru yang kini disyaki memproses dadah menjadi titik tolak untuk Inspektor Hassani Majid (Zizan Razak) menyiasat tentang sebuah sindiket penjualan sejenis syabu yang lebih bahaya dari yang ada di pasaran. Dalam pada itu, supercop Inspektor Khai (Shaheizy Sam) yang juga sedang menyiasat sindiket syabu yang sama dihantar dari Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Dari minit pertama mereka tidak dapat bekerjasama dengan baik tetapi setelah saksi utama mereka berada dalam keadaan koma, serta kegagalan beberapa operasi dan akhirnya keluarga Inspektor Sani sendiri dalam bahaya; mereka terpaksa ketepikan perbezaan dan terus berusaha menyelesaikan kes ini.

Selama dua jam menonton filem ini, boleh dikatakan pengisiannya padat dan pantas. Konflik yang dipaparkan juga tidak terlalu rumit dan senang difaham, terutama bagi penonton kanak-kanak biarpun saya harus beri kredit kepada team penulisan skrip yang seramai empat orang kerana berjaya menulis skrip cereka kepolisan yang mempunyai sentuhan intelektual dan ada 'attention to detail'. Polis Evo ternyata tidak mengamalkan 'preaching storyline' bagi memberikan kefahaman dan kesedaran kepada penonton tetapi ia lebih bersifat menguji perhatian penonton terhadap isu jenayah dan sosial menerusi subtle text dan plot berdasarkan 'clue by clue' dan bukan hanya rangkuman hipotesis. Naratif yang kuat ada pada Polis Evo berjaya mengangkat filem kepolisan ini kepada standard 'feel good movie'.

polisevo-bts-10

Pun begitu, penulis mengakui isu narkotik yang dibawa kali ini tidak seberat isu penyeludupan manusia yang Ghaz bawakan dalam filemnya yang terdahulu ' Tokan' (2013). Mungkin bagi mengimbangi aspek komersial, pengisian kali ini amat seimbang dari aspek komedi, romantik, aksi dan drama namun harus diakui, plot yang mudah dapat ditulis dengan baik menerusi perhatian kepada kekemasan skrip dan penonjolkan arahan seni yang meyakinkan.

Dari aspek teknikal, sinematografi dan suntingan filem ini layak diberi pujian. Ditangani oleh pemenang Festival Filem Malaysia (FFM) yang lalu, Harris Hue berjaya memberi kepuasan sinematik kepada penonton dengan shot-shot yang kemas, rapi dan 'fast-cut'. Peralihan dari setiap babak ke babak menampakkan relatif dan pemilihan lokasi yang cantik di sekitar negeri Terengganu berjaya dieksploitasi secara baik oleh Harris. Mengenali Ghaz sebagai seorang pengarah video muzik yang ada 'taste' dalam beauty shot sebelum ini, hasilnya gabungan idea Harris dan Ghaz berjaya melahirkan gambar yang minimalis tetapi mempunyai cukup perisa dari aspek cinematic & komersial. Bahkan ia sebenarnya berperisa Hollywood ala Micheal Bay (rujuk filem Bad Boys) tetapi disesuaikan dengan aspek Malaysiana.

polisevo-bts-04

Tak cukup dengan itu, kekemasan suntingan bunyi dan skor muzik menjadikan filem ini bukan sekadar kuat dari aspek penglihatan semata-mata, tetapi jua aspek pendengaran. Dengan bantuan skrip yang kuat, sinematografi yang meyakinkan saya kira suntingan untuk filem ini kemas dan tidak bercelaru seperti kebanyakan filem Melayu yang hanya panas 30 minit pertama dan akhirnya lemau di pertengahan cerita. Cuma kalau boleh saya katakan, terdapat pemilihan beberapa lokasi di dalam filem ini amat 'familiar' dan sering diguna dalam filem lain dan nyata bukan terletak di Terengganu tetapi itu tidak begitu menjejaskan mood.

Aspek cinematic touch ini wajar diangkat bagi pembikin filem bagi mengurangkan persepsi filem syok sendiri yang sering dilabel kepada karyawan sebelum ini. Polis Evo mempunyai cinematic touch tidak hanya dari aspek teknikal tetapi juga persembahan lakonan. Sam ternyata memberikan lakonan yang meyakinkan tetapi Zizan sebenarnya lebih mencuri tumpuan menerusi kematangan lakonan beliau. Mungkin watak ini dekat dengan beliau kerana juga berasal dari Terengganu, tetapi aspek penyampaian emosi dalam filem ini ternyata tidak lagi splastik seperti selalu, sebaliknya dikuatkan dengan dialog-dialog sarkastik dan emosi kekeluargaan yang kuat. Bakat lakonan Zizan berkesan dengan scripted comedy sebegini berbanding lawak spontan tambahan bentuk lakonan minimalis dalam filem ini boleh dibanggakan.

polisevo-bts-18

Biarpun pada awalnya dijangka isu pertembungan karektor polis ini bakal klise seperti kita biasa lihat dalam filem Hollywood (seperti The Other Guys), tetapi menuju pertengahan, isu itu sekadar menjadi pengukuh jalan cerita dan tidak disampaikan secara 'over'.

Terdapat ramai pelakon berkarekter yang menyerikan filem ini dengan membawakan watak polis dan antagonis. Husyairy Hussain (Bunohan, Tersasar Di Jalanmu) membawakan watak kepala penjahat memberi lakonan yang berjaya memperkuat jalan cerita manakala lakonan pelakon baru Pablo Amirul (Sniper) sebagai Jimbo sebenarnya wajar diberi perhatian. Kelibat pelakon yang regular di MIG ini ternyata digunapakai sepenuhnya dan tidak sekadar tangkap muat. Penampilan aktres Nora Danish sebagai watak Anis, adik kepada Inspektor Sani juga boleh diberi pujian kerana usaha yang ditonjolkannya dalam menyampaikan dialog dengan dialek Terengganu.

Juga kita dapat melihat kekuatan Nora di dalam lakonan bergenre komedi. Lebih lagi, pelakon –pelakon yang membawa watak keluarga Inspektor Sani (Kamaliah Mat Dom & Eyka Farhana) juga berjaya menonjolkan chemistry yang baik. Biarpun sekadar cameo, lakonan pemenang FFM yang lalu, Amerul Affendi berjaya mencuri tumpuan cuma sayang watakknya tidak dikembangkan. Filem ini juga menampilkan lakonan kali terakhir seniman Harun Salim Bachik sebagai ASP Mokhtar, dan seperti biasa lakonannya menghiburkan.

Harus diakui dialek Terengganu antara dialek yang agak sukar ditiru oleh pelakon bukan lokal, tetapi dalam filem ini berjaya menyampaikan persembahan secara minimal tanpa memperlekehkan Melayu luar bandar (seperti kebanyakkan filem tempatan lain) tetapi mengangkat karekter-karekter ini kepada satu bentuk frasa 'ketenangan' dan 'alternatif' terbaik bagi orang kota untuk saling mengenali. Filem ini juga mengambil pendekatan membuat pengasingan dialek bagi watak antagonis (dengan dialek Terengganu Utara, yang berbaur Kelantan) dan watak protagonist (dengan dialek Terengganu standard) yang mana ia sangat relatif kepada aspek geografi yang dipaparkan di dalam skrip.

KESIMPULAN

B1MRFHRIEAACz8O

Polis Evo boleh dikatakan sebuah filem aksi yang boleh dibanggakan tahun ini dari aspek koreografi aksi , sinematografi dan sentuhan sinematik. Koreografi yang dipaparkan dalam filem ini tidak terlalu imaginatif tetapi lebih realistik biarpun bergerak dalam tempo komikal. Kita tidak melihat Jackie Chan yang berlebihan, kita juga tidak melihat Jason Statham di dalamnya tetapi aspek Malaysianya ada. Gandingan duo Sam-Zizan nyata bersahaja, tidak terlalu heroic dan banyak memberi laluan kepada perkembangan cerita daripada perkembangan watak.

Biarpun Sam memberi kerjasama penuh dengan menampilkan bentuk fizikal yang didambakan atau surealistik bagi karekter polis tetapi harus diakui Zizan Razak sebagai Inspektor Hassani Majid sebenarnya sensible kepada senario sebenar kepolisan Malaysia. Mungkin atas sebab itu watak Inspektor Khai diwar-warkan sebagai Supercop biarpun menurut penulis supercop sebenar ialah watak polis yang average tetapi bangkit di penghujung cerita. Polis Evo bagi saya memberi harapan baru kepada filem komersial di Malaysia. Cukup rencah, cukup rasa, sesuai ditonton semua. – Roti Kaya

Berita berkaitan:

Memey Suhaiza Bertudung Bukan Untuk Berpolitik

Keluarga Syamsul Yusof Masuk Merisik Puteri Sarah Liyana?

Zizan minta maaf kerana berlagak

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *