Recent Post

Thursday, September 24, 2015

KM: Sabah bentuk JK kaji bidang penurunan kuasa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Kerajaan negeri Sabah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji bidang-bidang kuasa pentadbiran di bawah kerajaan pusat yang perlu diturunkan kepada kerajaan negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata bidang kuasa tersebut adalah di atas apa yang telah diumumkan sebelum ini iaitu kerajaan negeri diberi peranan lebih besar dalam menentukan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan yang menerajui jabatan dan agensi-agensi penting dalam kerajaan negeri.

"Ini adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian penurunan kuasa kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri semalam.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut akan bekerjasama rapat dengan wakil kerajaan pusat bagi mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diagihkan untuk membolehkan kerajaan negeri mempunyai lebih banyak kuasa membuat keputusan.

"Ini perlu dilaksanakan kerana seperti saya nyatakan sebelum ini bahawa banyak contoh kelewatan dalam perancangan, penyaluran dana dan pelaksanaan projek disebabkan banyak agensi di peringkat pusat, birokrasi dan berpolitik," katanya.

Berikutan penubuhan jawatankuasa peringkat negeri, beliau berharap bidang-bidang penting dalam sistem penyampaian kerajaan pusat dapat dikenal pasti dan dikaji bagi membolehkan kerajaan negeri mempunyai penguasaan terhadap perancangan, pembiayaan dan pelaksanaan projek-projek dan program kerajaan.

Musa berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri mempunyai matlamat yang sama iaitu membawa lebih banyak pembangunan kepada Sabah dan negara secara keseluruhan.

"Kami percaya penurunan kuasa ini akan membolehkan kita mencapai matlamat ini dengan cara yang lebih tepat dan cekap," katanya.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *