Recent Post

Saturday, September 12, 2015

Siapa Cakap Tidur Atas Lantai Tak Sihat? Ketahui Manfaat Sihat Ini


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Tidur merupakan perkara sihat yang sangat diperlukan oleh setiap manusia untuk kekal sihat.Selain tidur di katil, pasti ramai yang pernah tidur atas lantai, lebih-lebih lagi kalau panas. Mak kita selalu cakap, tidur atas lantai tak elok. Tapi, tahukah anda bahawa banyak manfaat jika tidur atas lantai. Ini antara 9 manfaat sihat tersebut! 1.Mencegah sakit belakang Kajian mendapati, tidur di atas tilam yang empuk akan membuatkan belakang anda sakit. Jika tidur atas lantai, tubuh belakang akan terbaring lurus dan anda terhindar dari sakit belakang. 2. Mengubati insomnia Anda mengalami insomnia? Cuba tidur di lantai. Kajian mendapati, tidur di atas lantai mampu mengubati insomnia kerana ia membuatkan peredaran darah menjadi lancar. 3. Mengurangkan sakit bahu Tidur di katil boleh menyebabkan sakit bahu, lebih-lebih lagi jika bantal dan tilam yang anda gunakan tidak meluruskan tubuh dengan baik? Cuba tidur di atas lantai dalam keadaan lurus, pasti sakit bahu akan berkurangan. 4. Melancarkan peredaran darah Apabila tidur di atas lantai, tubuh anda akan terbaring lurus, peredaran darah juga akan menjadi lancar, serta mempercepatkan proses penyembuhan tubuh. 5. Tubuh lebih rileks Semua orang pasti setuju, tidur di lantai yang sejuk mampu memberikan ketenangan. Lepaskan ketegangan anda dengan tidur di atas lantai untuk lebih rileks. 6. Mencegah sakit punggung Selain bermanfaat untuk bahu, tidur di lantai juga mampu menghindarkan anda dari sakit punggung. Tidur di atas lantai, punggung anda akan sejajar dan terhindar dari sakit belakang atau saraf yang tersepit di tulang belakang. 7. Tidur lebih nyenyak Tahukah anda bahawa tidur di atas lantai, membuatkan tidur anda lebih nyenyak? Ini kerana, apabila tubuh menyentuh lantai, anda akan menjadi rileks dan fikiran lebih tenang.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *