Recent Post

Friday, October 09, 2015

Bumi Bergelap 15 Hari November ini? Ini Penjelasan Dari Angkasa


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR - Berikutan satu keratan 'berita' yang mnejadi viral di media sosial & aplikasi Whatsapp, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) tampil menafikan berita tersebut.

Angkasa dalam satu kenyataan berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak akan memungkinkan sebarang proses seperti yang diceritakan di dalam 'berita' tersebut.

Selain itu, melalui semakan keatas laman web NASA pula mendapati keadaan planet Musytari yang kelihatan terlalu hampir dengan planet Zuhrah adalah perkara yang normal. Fenomena ini dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau 'Conjunction'. "Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun lalu, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi," menurut kenyataan itu.

Pihak yang bertanggungjawab

Setelah diperiksa, 'berita' bumi bergelap itu sebenarny a berasal dari laman web satira, newswatch33.com. Laman web ini sememangnya banyak mengeluarkan artikel-artikel palsu yang bertujuan mengelirukan orang ramai terutama pengguna media sosial.

Artikel tidak bertanggungjawab itu dikeluarkan oleh laman web tersebut pada 14 Julai 2015.

Artikel terbabit mendakwa pihak NASA mengesahkan bumi bakal bergelap mulai 15 hingga 30 November ini berikutan planet Musytari dan Zuhrah yang berada dalam kedudukan yang hampir selari.

Artikel itu juga mendakwa Ketua Pentadbiran NASA, Charles Bolden memberi penjelasan terbabit kepada White House. Menurut artikel itu, NASA memberitahu fenomena yang dikenali sebagai "November Black Out" ini hanya berlaku sekali dalam sejuta tahun.

Orang ramai dinasihati agar tidak berkongsi apa-apa artikel dari laman web newswatch33.com. - Siakapkeli .my




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *