Recent Post

Friday, October 09, 2015

MAHU MUHASABAH DIRI - TASHA SHILLA ANGGAP UJIAN TARBIAH ALLAH


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sering dihimpit dengan kontroversi yang ditimbulkan dirinya sendiri sepanjang tahun ini sebenarnya membuatkan Tasha Shilla, 28, lebih berhati-hati dalam meneruskan perjalanan kariernya dan mahu bermuhasabah dengan apa yang telah terjadi.

"Saya kini lebih berhati-hati dan lebih mendalami setiap perjalanan hidup dan karier Tasha sendiri. Setiap hari Tasha belajar daripada kesilapan. Dugaan dan ujian yang hadir, kita sendiri tak duga. Tapi Tasha terima dengan reda, asalkan kita tak putus asa dan kena selalu fikir positif.

"Tipulah kalau Tasha kata tak pernah kecewa dengan apa yang berlaku sebelum ini, tapi sampai bila nak bersedih? Kita tak digalakkan untuk terus rasa kecewa"

"Setiap apa yang berlaku it u adalah tarbiah daripada Allah untuk buatkan kita lebih kuat hadapi perjalanan hidup. Sebab itulah Tasha lagi suka ambil positif dan selalu bersangka baik," ujar Tasha dipetik sebagai berkata.

Selain itu, dalam masa yang sama, Tasha juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang lelaki asalkan lelaki bertuah tersebut sanggup mempertahankan masa depan mereka bersama.

"Tipulah tak ada kan, tapi kalau hati dah kata tak suka, nak buat macam mana lagi kan? Tasha tidak menutup sepenuhnya hati untuk mana-mana lelaki. Tapi seperti yang Tasha katakan tadi, kalau tak ada keserasian buat apa kita terima kan?

"Malah, Tasha tak pernah letakkan kriteria tentang lelaki, cukup sekadar dia boleh terima Tasha dan jujur serta sanggup mempertahankan masa depan kami bersama," jelasnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *