Recent Post

Thursday, October 01, 2015

Gangguan bekalan air berjadual di WIP dan KL


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sebanyak 103 kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual, dan proses pemulihan kerja menaik taraf sistem bekalan air dijangka mengalami kelewatan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Priscilla Afred berkata kelewatan terhadap kerja-kerja penggantian 'Inlet Valve' di Tangki Sedut Bukit Gasing dan 'By-Pass Valve' ke Rumah Pam Bukit Gasing di Petaling Jaya yang dijalankan kelmarin, adalah disebabkan beberapa isu teknikal di luar jangkaan.

"Berikutan kelewatan dalam menyiapkan kerja menaik taraf ini, proses pemulihan bekalan air di kawasan terlibat secara berperingkat selepas kerja disiapkan, dijangka mengalami kelewatan dan akan mengambil masa lebih lama berbanding jangka masa pemulihan.

"SYABAS sedang berusaha dan mengambil tindakan perlu untuk proses pemulihan ini," katanya dalam kenyataan semalam.

Sejumlah 78 kawasan terlibat di Wilayah Petaling, antaranya Taman Lian Hoe, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Taman Bukit Indah, Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Tasek Selatan, Pantai Dalam, Bandar Baru Bukit Jalil dan Kuchai Lama.

Sementara, Wilayah Kuala Lumpur melibatkan 25 kawasan termasuk TUDM Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Wisma Putra, Jalan Bukit Petaling, Persiaran Syed Putra, Taman Seputeh, KL Sentral dan Brickfields.

Priscilla berkata bagi mengurangkan kesulitan pengguna, SYABAS akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki kepada pengguna terlibat.

SYABAS turut menasihatkan orang ramai menggunakan bekalan air kecemasan itu secara berhemah.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mySYABAS untuk maklumat lanjut dengan memuat turun ke telefon pintar melalui Google Playstore dan Appstore secara percuma.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *