Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Lembaga Keselamatan Belanda mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.
Pengerusinya Tjibbe Joustra berkata peluru berpandu itu meledak di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan.
"MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK," katanya ketika membentangkan laporan akhir tragedi MH17 di pangkalan udara Gilze-Rijen, Belanda pada Selasa, yang disiarkan secara langsung melalui media antarabangsa.
Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.
No comments:
Post a Comment