Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pengalaman bergelar selebriti selama 20 tahun membuatkan Amy Mastura bimbang sekiranya anak-anaknya juga mahu mengikuti langkahnya di dalam dunia hiburan.
"Saya dan suami memang tidak halang jika mereka mahu terbabit dalam seni. Tetapi sejujurnya saya takut juga. Saya sendiri berada dalam bidang ini dan saya sudah maklum dengan segala ranjau yang harus ditempuhi.
"Jujurnya, bidang seni bergantung pada nasib. Mereka juga perlu kuat dan seperti saya katakan, masing-masing kena hargai peluang," ujar Amy sambil menjelaskan bahawa setiap artis perlu menggunakan peluang dengan sebaiknya.
Hasil perkahwinan bersama suami tercinta, Alvin Tham Suffian, Amy dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Adalia yang berusia 14 tahun dan adiknya, Adriana, 10 tahun.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment