Recent Post

Saturday, October 24, 2015

OA: Hutan dah kurang, hasil dah kurang


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut berterima kasih dengan peruntukan RM300 juta yang disalurkan kerajaan, khusus untuk masyarakat Orang Asli menerusi Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan dapat meningkatkan lagi peruntukan berkenaan pada tahun-tahun akan datang agar setanding dengan peruntukan bagi masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak.

"Seharusnya, bidang ekonomi dan pendidikan masyarakat Orang Asli turut ditingkatkan melalui program pembangunan modal insan supaya mereka boleh berdikari.

"Masyarakat Orang Asli perlu beralih kepada bidang ekonomi yang baharu. Sekarang hutan dah berkurangan dan hasilnya juga kian berkurangan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata peruntukan lebih tinggi wajar dipertimbangkan memandangkan pertambahan bilangan anggota masyarakat Orang Asli di Semenanjung.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *