Recent Post

Monday, October 12, 2015

'SJKC Tidak Akan Dimansuhkan' - PM


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan sekali lagi bahawa sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) akan terus kekal dan tidak akan melayani tuntutan perhimpunan 'Baju Merah' pada 16 September lalu. "Pemansuhan bukan dasar BN. BN berpegang pada polisi berdasarkan kepelbagaian kebudayaan, bahasa, bangsa dan agama," katanya yang menerima tepukan gemurah ketika memberikan ucapan perasmian mesyuarat tahunan MCA. "Saya mahu menegaskan bahawa, perkara ini telah diputuskan oleh pemimpin kita sebelum ini. Kita telah lama bergerak melalui hala tuju ini. Banyak yang kita telah capai dalam negara ini," katanya.  Kenyataan Perdana Menteri itu memberikan tamparan yang besar kepada Datuk Jamal Md. Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, antara penganjur perhimpunan 'Baju Merah' yang mendesak kerajaan memansuhkan SJKC pada 16 September lalu. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *