Recent Post

Monday, October 12, 2015

Char Kuey Teow Punya Pasal, Chef Ini Tidak Bersetuju Dengan Pandangan Adam Corrie


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

27 September yang lalu, pelakon Adam Corrie, berkongsikan satu ilmu mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Char Kuey Teow.  Menurut beliau, Char Kuey Teow atau dalam dialek Hokkien, Chha Koe-tiau, bermaksud Kuey Teow Goreng.  Dalam statusnya itu, Corrie memuat naik sebuah gambar perbezaan Char Kuew Teow yang dimasak oleh Cina dan Melayu.  "Gambar kedua, saya rasa itu bukan Char Kuey Teow sebab kuey teow itu berkuah. Jadi ia tidak boleh disebut sebagai Char Kuey Teow. Rasanya bukan resepi kaum Cina. No 2 itu mungkin masakan Melayu yang namanya menggunakan dialek Hokkien," katanya. Menurut Corrie, beliau hanya mahu memperbetulkan apa yang biasa disebut orang pada masakan yang salah.  "Kedua-duanya sedap dimakan. Saya hanya berkongsi pandangan dan ilmu sahaja. Saya juga bukan Chef, jadi tak tahu resepinya. Saya hanya tahu makan sahaja," katanya. Bagaimanapun, pandangan Corrie itu tidak diterima oleh seorang individu, Chef Amin.  "Saya tidak bersetuju dengan pertikaian perkataan ini. Kita dipanggil manusia dalam bahasa Malaysia. Ada yang pertikaikan kenapa manusia? Tidak adakah perkataan lain nak letak? Nama itu zat dan ia diberi secara sepontan mengikut situasi dan keadaan," katanya.  Kami berpendapat, ia hanyalah makanan yang tidak perlu dipetahankan seperti rakyat negara jiran yang gemar menuntut segala apa jenis makanan sehingga kebudayaan yang diamalkan di Malaysia adalah milik mereka.  "Tak kiralah apa nama sekali pun, kau bayar, kau makan, kau kenyang dah selesai. Lagipun Corrie hanya memberikan pandangan," kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *