Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Walaupun belum merancang untuk berbulan madu, namun Shukri Yahaya sudah pun merancang untuk membawa isterinya, Tya Adnan ke Mekah bagi menunaikan umrah pada tahun hadapan.
"Sebelum pergi berbulan madu, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun. Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian," ujar Shukri dipetik sebagai berkata.
Selain itu, setelah bergelar suami semalam (20 November), Shukri mengakui bahawa dia kini mempunyai tanggungjawab untuk membataskan pergaulannya, baik bila berdepan orang ramai mahu pun di dalam lako nan.
Dalam pada itu, isteri Shukri berkata yang dia tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan kerjaya suaminya itu.
Dia juga tidak berhasrat untuk menguruskan kerjaya suaminya seperti mana dilakukan kebanyakkan isteri selebriti lain.
"Seperti mana sebelum berkahwin saya tidak pernah masuk campur dalam urusan kariernya ia tetap akan sama selepas berkahwin.
"Sebagai isteri saya sentiasa menyokong kariernya dan percaya suami akan bersikap telus seperti dilakukan sepanjang empat tahun kami bercinta," jelas Tya.
Ditanya soal anak, Shukri memberitahu dia berharap akan segera dikurniakan cahaya mata kerana menyukai kanak-kanak.
"Jika boleh saya mahu anak cepat dan mahu sebuah keluarga besar," k ata Shukri.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment