Recent Post

Saturday, November 21, 2015

Shukri Yahaya Rancang Tunaikan Umrah Bersama Isteri


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pelakon Shukri Yahaya ketika ini belum lagi merancang untuk berbulan madu, tetapi mempunyai perancangan yang lain yang dikatakan cukup manfaat untuk mereka menghabiskan masa bersama.

Shukri merancang untuk mengerjakan umrah selewat-lewatnya pada tahun hadapan bersama Tya yang baru sahaja dinikahinya semalam (20 Nomber)

"Sebelum pergi berbulan madu, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu.

Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun.

Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian," jelasnya kepada Utusan Online

Di majlis pernikahan yang berlangsung serba sederhana itu, Shukri telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Sebentuk cincin emas turut disarungkan di jari isteri tercinta berserta dengan 7 dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan tersebut di­sempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian Putrajaya, Muhd. Redza Ahmad dan berwalikan bapa Tya, Ahmad Adnan Ishak.

Selain itu, setelah bergelar suami, Shukri mengakui bahawa dia kini mempunyai tanggungjawab untuk membataskan pergaulannya, baik bila berdepan orang ramai mahu pun di dalam lakonan.

Semoga bahtera perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat dan dirahmati oleh Nya. Jom kita lihat gambar-gambar majlis pernikahan mereka yang diraikan dengan penuh bermakna.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Utusan OnlineDiolah semula Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 21 Nov 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *