Recent Post

Thursday, November 05, 2015

Haiza Terkejut Dapat Tempat Teratas Gegar Vaganza 2


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyayi wanita dan penyampai radio Best FM Haiza, nyata terkejut apabila dirinya mendapat tempat teratas di minggu ketiga #GegarVaganza2.

Keputusan yang dibuat oleh juri itu telah membuatkan Haiza terus bersemangat dan akan terus memberikan persembahan yang baik di minggu-minggu seterusnya.

"Setelah wartawan memberitahu saya  bahawa diri saya berada di tangga pertama, ia satu penghormatan dan penghargaan di luar kawalan saya.

"Pada mulanya agak kurang percaya namun setelah diyakinkan oleh pihak produksi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

"Bagi saya, perjuangan dalam pertandingan ini masih jauh dan saya kena fokus agar persembahan saya yang seterusnya memberi impak positif kepada penonton," kata Haiza kepada portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, Haiza turut ditanya adakah dirinya masih merasai penyanyi dangdut masih dikelaskan ditahap yang bawah.

Dengan senyuman manisnnya dia menjawab, itu semua adalah persepsi segelintir pihak. Tidak semua beranggapan sedemikian kerana penyanyi dangdut sebenarnya mampu menyanyikan lagu genre lain dengan baik.

"Ada juga cerita-cerita yang kurang enak apabila mengklasifikasikan penyanyi dangdut ini tidak ke mana dan mampu menyanyikan lagu genre ini sahaja.

"Tetapi pentas Gegar Vaganza 2 platform terbaik untuk saya yang mewakili penyanyi dangdut di luar sana bahawa jangan main-main dengan kami, kerani kami mampu menyanyikan lagu lain dengan mantap," seloroh Haiza mengakhiri katanya.    

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 5 Nov 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *