Recent Post

Thursday, November 05, 2015

Timb. Menteri Kewangan, Johari: Undi tak percaya PM antara punca RM jatuh


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

CELAH GELEGAR Timb. Menteri Kewangan, Johari: Undi tak percaya PM antara punca RM jatuh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata terdapat empat faktor yang menjadi punca kejatuhan nilai ringgit termasuk sentimen negatif yang dimainkan seperti undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sentimen negatif termasuk apa yang disebut YB Bukit Katil menyentuh kenyataan Gabenor Bank Negara yang menyebut 1MDB adalah (punca kejatuhan nilai ringgit). Tidak. Jika kita lihat, gabenor, dia memberi beberapa faktor salah satunya adalah negatif sentimen.

"Sentimen (negatif) ini bukan sahaja 1MDB tetapi juga undi tidak percaya kepada perdana menteri. Ini juga negatif sentimen.

"Sentimen negatif ini, kita tidak boleh kaitkan oleh kerana jatuh nilai ringgit disebabkan kes 1MDB.

Negatif sentimen ini (disebabkan) banyak benda," kata Johari di Dewan Rakyat.

"Soal siasatan 1MDB ini, saya tidak nampak dekat mana kita menghentikan siasatan. Saya rasa, lima negara yang telah menyiasat ini, biar mereka habis siasat. Kalau ada kes, dan kes itu dibawa kepada perhatian kita, kita akan tengok.

"Tapi kalau tak habis lagi menyiasat. Kalau kita semua nak buat keputusan, ini susah. Inilah negatif sentimen dalam negara," katanya.

Beliau (BN-Titiwangsa) menjawab soalan lisan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR-Bukit Katil) berhubung kenyataan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa penyusutan nilai ringgit dan ekonomi boleh dipulihkan isu berkaitan 1MDB diselesaikan. -MK




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *