Recent Post

Friday, December 18, 2015

10 berita utama, newsmaker 2016 - anda pilih


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Menjelang hujung bulan Disember ini, menjadi tradisi Malaysiakini untuk bersama-sama para pembacanya mengimbau kembali berita terbaik dan terburuk sepanjang tahun ini.

Tahun 2014 telah menyaksikan insiden di mana sebuah jet jumbo hilang, sebuah lagi jatuh ditembak peluru berpandu, dan sebuah lagi terhempas di Laut Jawa.

Tetapi 2015 juga tiada kurangnya, antaranya, seorang bekas timbalan perdana menteri menjalani hukuman penjara buat kali kedua selepas disabit atas tuduhan liwat, seorang lagi timbalan perdana menteri dipecat, RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi perdana menteri dan pembunuhan ngeri seorang timbalan pendakwa raya,

Seperti tahun lepas, kami menyerahkan kepada pelanggan Malaysiakini untuk memutuskan 10 berita terbaik bagi 2015. Terdapat 18 kategori berita disusun mengikut abjad untuk undian tahun ini.

Pengundian dilakukan dengan menunjukkan keutamaan pilihan bagi setiap tajuk - '0' yang terendah dan '10' paling tinggi. Anda boleh memberikan nilai yang sama untuk lebih daripada satu tajuk.

Teruskan membuat pilihan anda sebelum kita melangkah ke tahun 2016.

Dan juga jangan lupa untuk mengundi 'Newsmaker of the Year'.

Sebagai penduan, Newsmaker tidak semestinya individu yang paling popular, tetapi seseorang yang secara konsisten menjadi tajuk berita, dan dalam berbuat demikian, memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, sama ada bagi ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Pada tahun ini, terdapat 12 calon. Buatlah pilihan anda. Hanya pelanggan berbayar boleh mengundi dan setiap seorang mempunyai satu undi. Pengundian berakhir pada tengah malam 26 Disember, dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Disember.

Pada tahun ini, terdapat 10 calon. Anda buat pilihan. Hanya pelanggan berbayar yang boleh mengundi, masing-masing mempunyai satu undi.

Pengundian bermula pada tengah malam 26 Disember, dan keputusan akan diumumkan pada 28 Disember

Mengundi di sini.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *